FALSAFAH SEKOLAH Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI SEKOLAH SMKUT Terus Ke Mercu Kejayaan
MISI SEKOLAH 1. Menyediakan kemudahan pendidikan tebaik dan berkualiti untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. 2. Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang sihat, selamat, ceria dan harmoni. 3. Mewujudkan warga SMKUT yang positif, apreasitif, toleransi dan penyayang.
WAWASAN PENDIDIKAN Perpaduan Stail PEngurusan dan Kepimpinan Perkhidmatan Penyayang Pengupayaan Sistem pengurusan yang efektif Budaya Ilmu Sekolah penyayang Budaya cemerlang Ketiadaan kegagalan
PIAGAM PELANGGAN Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
>Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan berkualiti bagi melahirkan insan berketerampilan sesuai dengan kehendak para pelanggan kami.
> Melaksana aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dapat membentuk murid yang sihat dari aspek jasmani dan rohani serta berakhlak mulia di samping mempunyai bakat kepimpinan tanpa mengira kaum.
> Meningkatkan disiplin murid agar memnudahkan penerimaan ilmu semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dan menjalinkan hubungan baik dan rapat dangan ibubapa dan masyarakat.
> Membentuk sistem pengurusan yang cekap, berkesan dan mesra untuk setiap pelanggan.
> Membentuk persekitaran dan budaya sekolah yang harmonis bagi merangsang minda murid agar bersedia menempuh pelbagai cabaran masa kini dan akan datang